Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar anda semua disana? diharapkan anda semua sihat2 belaka dan sentiasa diberi kehidupan yang sentiasa direhai dan dirahmati Allah hendaknya..
Alhamdulillah dgn izin Allah S.W.T hari ini sekali lg kita diberi kesempatan dan peluang untuk hidup dimuka bumi Allah yang indah ini. Bersyukur juga keatas Ilahi kerana limpah kurnianya kita dapat mencapai dan menikmati nikmat2 Allah.
hari ini insyaAllah saya akan membentangkan tentang perkara2 yang semakin hari semakin kita bimbangkan iaitu berlakunya hari kiamat. seperti yang kita ketahui, telah banyak tanda2 kiamat yang telah berlaku dimuka bumi Allah ini iaitu maksiat berleluasa, perempuan lebih ramai drpd lelaki, wanita berpakaian tetapi hakikatnye telanjang, bermaharajalelanya alat muzik dan sebagainya. mengenai kronologi 10 tanda besar kiamat ini, sebagaimana hadis yg direkodkan oleh Imam Muslim drpd Hudzaifah bin usaid Al-Ghiffari, dia berkata,
"Rasulullah SAW pernah muncul di hadapan kami ketika kami sedang berbincang. Lalu, beliau bertanya, 'apakah yg kamu semua sdg bincangkan?' mereka (para sahabat) menjawab, 'kami sdg berbincang mengenai as-Sa`ah (hari kiamat)'. Beliau berkata, 'Sesungguhnya kiamat itu tidak akn dtg sehingga kamu melihat sepuluh ayat (tanda) sebelumnya. Beliau kemudiannya menyatakan : 1) Ad-Dukhan (asap/kabut), 2) Dajal (pendusta), 3) Dabbah (binatang yg akn keluar dari perut bumi), 4) matahari terbit dari (sebelah) barat, 5) turunnnya Isa Ibnu Maryam a.s., 6) Yakjuj dan Makjuj, 7-9) tiga gempa bumi, iaitu di timur, barat dan di Semenanjung Arab, dan yg terakhir adalah 10) keluarnya api dari Yaman yg membawa manusia ke tempat mereka berkumpul."" (Sahih Muslim, Bahagian Fitnah dan Tanda-tanda Kiamat 18: 27-28).
Mengenai tanda2 itu, maka jelas Rasulullah mengingatkan manusia supaya selalu bersegera melakukan amal baik. supaya terselamat drpd bencana2 itu. Abu Hurairah melaporkan hadis Rasulullah yg berkata,
"Bersegeralah melakukan amal2 soleh sblm dtgnya enam perkara, iaitu Dajal, Dukhan, Binatang melata bumi, terbitnya matahari dari barat, kehancuran total, kematianmu sendiri." (Hadis direkodkan oleh Muslim)
Berdasarkan persoalan kronologi kiamat ini, terdapat perbezaan kronologi sebagaimana yg disusun oleh Yusuf Bin Abdullah (1989) dan Dr. 'Umar Sulaiman Al Asyqar, spt yang sy akan tunjukkan dibawah:
Pendapat Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al Wabil, M.A dlm bukunya yg berjudul “Asyratus Sa`ah”(Tanda-tanda kiamat) | Kronologi | |
Munculnya Al-Mahdi | 1 | Munculnya Al-Mahdi |
*Munculnya Al-Masih Dajal | 2 | *Munculnya kabut Ad-Dukhan |
Turunnya Isa Al-Masih | 3 | *Munculnya Al-Masih Dajal |
Keluarnya Yakjuj & Makjuj | 4 | Turunnya Isa Al-Masih |
Gempa bumi di tiga wilayah | 5 | Keluarnya Yakjuj & Makjuj |
*Munculnya Ad-Dukhan | 6 | Terbitnya matahari dari barat |
Terbitnya matahari dari barat | 7 | Terbitnya matahari dari perut bumi |
Keluarnya binatang dari perut bumi | 8 | Api yang mengumpulkan manusia |
Api yang mengumpulkan manusia | 9 | |
*Lihat Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabil,M.A.(1409H/1989M) Asytus Sa-ah, edisi terjemahan: Tanda-tanda Hari Kiamat (1994). h. 11. | *Lihat Dr. ’Umar Sulaiman (1408H/1988M) ”Al Yaum Al Akhir”. Edisi terjemahan: Hari Akhir: Kiamat Kecil dan Tanda-tanda Kiamat Besar (2000). PT. Serambi, h. 8-9. |
Kedua-dua penulis di atas sudah tentu memanfaatkan kajian hadis yg mendalam sblm menyusun kronologi itu. Namun terdapat perbezaan kronologi antara kedua-dua penulis tersebut. Jadi, yg manakah yg mendekati kebenaran? Ini mengundang perhatian kita bagi mengkajinya.
Jika sumber-sumber hadis ini dikaji semula, dua kronologi di atas, iaitu munculnya Dajal dan asap global dpt diselaraskan spt berikut:
Dajal Akhir Zaman 1 ► Datangnya Asap Ad-Dukhan ► Dajjal Akhir Zaman 2
Munculnya al-Mahdi » Kemunculan pertama Al-Masih Dajal » Munculnya asap tebal » Kemunculan kedua al-Masih Dajal » Turunnya isa al-Masih bg membunuh Dajal » Keluarnya Yakjuj & Makjuj.
Berkaitan dgn tempoh kemunculan Dajal pula, ada hadis yg menyatakannya selama 40 tahun dan ada pula yang menyatakannya sebagai 40 hari. Berdasarkan hadis yang direkodkan oleh Imam Ahmad (6/454) dan juga Imam Hambal (54/1-2), maka difahami Dajal adalah individu yg akn muncul sebanyak dua kali. Kemunculannya yg pertama adalam selama 40 tahun (sblm munculnya asap dukhan). Kemunculan keduanya pula isitu selama 40 hari ataupun 1 tahun, 2 bulan dan 2 minggu. Pada masa itu Dajal muncul secara terang-terangan.
Pada masa itu, susuk tubuhnya adalah sebagaimana yg digambarkan oleh Rasulullah, iaitu sebelah matanya bulat menonjol seperti buah anggur, ia sbnrnya adlh seketul daging yg menutupi kelopak matanya; dan ada tulisan KAFIR di dahinya.
Berdasarkan hipotesis di atas, maka kronologi yg berikut dpt disimpulkan:
TEMPOH 40 TAHUN DAJAL:
- Dajal mengisytiharkan diri sebagai Tuhan; dan
- Allah menimpakan meteor ke atas bumi, lantas mengakibatkan munculnya asap (dukhan). Ini berlaku pd pertengahan bulan Ramadhan.
TEMPOH 40 HARI DAJAL:
- Langit menjadi gelap krn ditutupi asap selama lebih drpd setahun. Dajal dan para pengikutnya terjejas oleh asap berkenaan (wajah membengkak, buta dan pekak). Pada masa yg sama, org beriman hnya ditimpa penyakit ringan krn gejala seakan selsema;
- 40 hari yg sama dengan 1 tahun, 2 bulan dan 2 minggu;
- Nabi Isa muncul di Damaskus;
- Nabi Isa membunuh Dajal di Gerbang Ludd (Lyda), Israel;
- Yakjuj & Makjuj keluar;
- Nabi Isa dan kaum Muslimin melarikan diri ke Bukit Tursina; dan
- Yakjuj & Makjuj mati dengan berkat doa Nabi Isa.
ZAMAN KEMAKMURAN DI BUMI
- Nabi Isa menghapuskan agama palsu;
- Nabi Isa berkahwin dan menunaikan haji di Makkah; dan
- Nabi Isa meninggal dunia.
KEKAFIRAN MUNCUL KEMBALI:
- Kemunculan golongan yg menyembah Nabi Isa;
- Keluarnya binatang melata dari bumi;
- Matahari terbit dari barat; dan
- Angin lembut mencabut roh orang beriman.
NAMA ALLAH TIDAK LAGI DISEBUT:
- Dunia hanya dihuni oleh orang kafir - patung Al-Laat, Al-'Usah dan dhil-Khissah disembah di Taman Arab;
- Zina berlaku dijalanan;
- Majoriti bangsa Romawi; dan
- Sangkakala pertama ditiup.
KIAMAT 1 (40 TAHUN):
- Langit terbelah;
- Mega supernova, matahari digulung, planet berselerakan, Bumi bergoncang;
- Manusia mati secara berturutan;
- Sangkakala kedua ditiup; dan
- Seluruh umat manusia dihidupkan kembali.
KIAMAT 2 (MANUSIA BERDIRI DIHADAPAN ALLAH SELAMA 50,000 TAHUN):
- Syurga; dan
- Neraka.
Demikian lah sedikit sebanyak kronologi tanda2 besar kiamat dan hari kiamat yg sempat saya kongsikan.. dengan ini, marilah sama-sama kita muhasabah diri kita apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita dimuka bumi Allah ini. Allah memberikan pelbagai nikmat2 Nya kepada kita, tapi adakah kita mensyukuri nikmat2 nya dengan melakukan segala perintah Nya dan meninggalkan segala larangan Nya? ingat lah bahawa kita sekarang merupakan manusia AKHIR ZAMAN !!
Wallahualam...
(Sumber: ARMAGEDON 2012 oleh Muhammad Alexander )
sebarang komen dan kritikan amat dialu2kan...
ReplyDeleteUstaz Wadi Pula kata Tanda besar kiamat bermula dgn matahari terbit Dari Barat.
ReplyDelete