Followers

Monday, 11 April 2011

Tiada Hadith yang Benar Tentang "Nabi tidak mengaku Umat"







~Tiada hadis yang benar tentang "Nabi tidak mengaku umat", ia hanya kepalsuan yang berlegar di lisan orang Melayu.

Hadis yang sahih ialah kata Nabi:

 ( لَكِنِّي أُصَلِّي وَأَنَامُ وَأَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي )

[Muslim/ 2487] <Tetapi saya bersalat, dan saya tidur, dan saya berpuasa dan saya berbuka, dan saya mengahwini wanita.
Maka sesiapa menjauhi sunnah saya, maka bukan dari kalangan saya> 

~Allah SWT berfirman maksudnya: "Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas". (Asy Syua'ara ayat 165 -166) 

Firman Allah yang lain maksudnya: "Mengapa kamu mendatangi lelaki untuk memenuhi nafsumu, bukan mendatangi wanita ? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak mengetahui akibat perbuatanmu". (An Naml ayat 55) 

Homoseks menurut kacata mata Islam adalah satu perbuatan yang berdosa besar. Pelakunya dilaknat oleh Allah SWT. Homoseks melibatkan perlakuan seks sumbang antara lelaki sesama lelaki. Dalam sebuah hadis yang dinukilkan oleh imam Al-Hafiz Az-Zahabi dalam kitabnya Al-Kabair menjelaskan apabila seorang lelaki naik ke atas badan seorang lelaki lain untuk melakukan hubungan seks, maka bergegarlah arasy Tuhan. Ini menunjukkan betapa perbuatan ini suatu perbuatan yang terkutuk di sisi Allah. 

~Ada sebuah hadis dalam bab ini, yang bermaksud: "Sesiapa yang mengacu senjata ke atas kami maka dia tidak termasuk dari kami."

Merujuk kepada maksud “Maka dia tidak termasuk dari kami”, al-Nawawi rahimahullah menjelaskan:

Kaedah yang dipegang oleh mazhab Ahl al-Sunnah dan para ahli fiqh ialah orang yang mengacukan senjata ke atas umat Islam tanpa alasan yang benar dan (dia melakukannya) tanpa pengetahuan yang nyata serta tanpa keyakinan menghalalkannya, maka dia telah melakukan maksiat namun tidak kafir dengan tindakannya itu. Jika dia menghalalkannya, maka dia kafir.

Adapun maksud hadis, maka ia berlaku kepada orang yang menghalalkan sedangkan dia mengetahui (kesalahan itu) secara nyata. Maka (orang tersebut) kafir dan keluar dari agama Islam. Ada yang berkata, maksud hadis ialah tidak berada di atas jalan dan hidayah kami (Muhammad) secara sempurna. Sufyan bin ‘Uyaynah rahimahullahu Ta‘ala membenci penafsiran “tidak berada di atas hidayah kami”. Beliau berkata: “Amatlah buruk perkataan itu. Lebih baik menahan diri dari memberi takwilan sedemikian kepada hadis ini supaya ia lebih berkesan dalam jiwa dan sebagai satu pencegahan.” Dan Allah sahaja yang lebih mengetahui.

[al-Minhaj Syarh Shahih Muslim bin al-Hajjaj (Dar Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut), jld. 2, ms. 176-177]

~

(sumber : darulnuman.com)

3 comments:

  1. sebarang komen dan kritikan amat dialu2kan..

    ReplyDelete
  2. bangang. ko ni syiah ke apa?just because ko xjumpa hadis ko claim palsu?baik ko pergi tnya pakar drpd pkar memandai kat sini. yg tak nak kahwin tu satu hal, dalam konteks sunnah tu. bro ko solat based on apa?ko puasa based on apa?ko kahwin rules based on apa?based on sunnah. bangang. aq cakap ko bangang ko dah sesat mengatakan "tidak" atas ajaran yg benar. ko patut kaji kenapa org claim benda tu, kenapa umat islam generally doesnt dispute pasal benda tu. islam tu dah lama lengkap cuma otak ko je xlengkap termasuk segelintir masyarakat. perbezaannya ko bangang memandai je kata PALSU

    ReplyDelete
  3. Ayat pertama dah tulis"bukan dikalangan saya" sama maksud bukan dikalangan ummat ku

    ReplyDelete