Followers

Sunday, 24 April 2011

MENGAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAH




Assalamualaikum w.b.t.. apa khabar anda disana? Semoga anda disana sentiasa didalam perlindungan Allah hendaknya... saya ingin bertanya kpd anda, penahkah anda terfikir mengapa negara2 Islam sejak dahulu lagi menjadi sasaran pemusnah kaum2 bukan Islam di dunia ini? Sungguh byk peperangan telah tercetus membabitkan Negara bukan Islam dengan Negara Islam.. sungguh sedih apabila melihat saudara2 kita yang menderita kerana diseksa,dibunuh dan sebagainya.. tapi apa yang kita lakukan untuk membantu mereka saudara seIslam kita itu? Kita hanya melihat, tapi tidak bertindak.. kita tidak berani untuk maju kehadapan menyuarakan suara Islam kita… kita hanya duduk dan dengar berita2 yg menyayat hati itu di kaca2 televisyen dan media massa yang lain… namun apakan daya… mungkin ini sudah takdir Tuhan… tetapi.. pernahkah anda terfikir mengapa ini semua berlaku? Mengapa Islam sentiasa ditindas dan menjadi sasaran utama pemusnah2 di dunia ini? Kejahatan,kekejaman telah terlalu berleluasa dan bermaharajalela di dunia ini….

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Daripada Ummul Mu’minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah s.a.w), beliau berkata: “Pada suatu hari Rasulullah s.a.w masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya’juj dan Ma’juj seperti ini, “Kemudian Baginda menemukan hujung ibu jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) kemudian mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan ada dikalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?” Lalu Nabi s.a.w bersabda “Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak,” (H.R MUSLIM)

Hadis ini menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada ditempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, malah orang-orang yang soleh juga dibinasakan, namun pada hari kiamat amalan masing2 akan diperhitungkan mengikut apa yang telah dilakukan semasa didunia. Oleh itu, segala macam kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang2 yg melakukan kemungkaran tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada ditempat itu.

Dalam hadis diatas, walaupun disebutkan khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dalam dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi s.a.w sendiri dari kalangan mereka dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebaran adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit dari bangsa yang lain. Begitu pula halnya dalam masalah berkaitan dengan maju mundurnya umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju mundur bangsa Arab itu sendiri. Selain drpd itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya’juj dan Ma’juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam a.s) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnian dan pengikut2nya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehingga hampir tibanya hari kiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini terjadi, ia menandakan bahawa hari kiamat sudah dekat…

JANGAN BIARKAN UMAT BINASA, MUNGKAR MAKSIAT MAHARAJALELA, KITA SEMUA NANTI MERASA AKIBAT BURUK DATANG MENIMPA…

DINDING YA’JUJ MULA TERBUKA, TANDA DUNIA AKAN BINASA, WALAUPUN ADA INSAN BERTAQWA, BILA MUNGKAR SUDAH MELATA…

(sumber : Sedarkah Kamu Wahai Manusia (antara semalam & hari ini) oleh Wan Md Jamal Bin Wan Md Saman)

WASPADALAH!

No comments:

Post a Comment