Followers

Sunday, 24 April 2011

MENGAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAH




Assalamualaikum w.b.t.. apa khabar anda disana? Semoga anda disana sentiasa didalam perlindungan Allah hendaknya... saya ingin bertanya kpd anda, penahkah anda terfikir mengapa negara2 Islam sejak dahulu lagi menjadi sasaran pemusnah kaum2 bukan Islam di dunia ini? Sungguh byk peperangan telah tercetus membabitkan Negara bukan Islam dengan Negara Islam.. sungguh sedih apabila melihat saudara2 kita yang menderita kerana diseksa,dibunuh dan sebagainya.. tapi apa yang kita lakukan untuk membantu mereka saudara seIslam kita itu? Kita hanya melihat, tapi tidak bertindak.. kita tidak berani untuk maju kehadapan menyuarakan suara Islam kita… kita hanya duduk dan dengar berita2 yg menyayat hati itu di kaca2 televisyen dan media massa yang lain… namun apakan daya… mungkin ini sudah takdir Tuhan… tetapi.. pernahkah anda terfikir mengapa ini semua berlaku? Mengapa Islam sentiasa ditindas dan menjadi sasaran utama pemusnah2 di dunia ini? Kejahatan,kekejaman telah terlalu berleluasa dan bermaharajalela di dunia ini….

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Daripada Ummul Mu’minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah s.a.w), beliau berkata: “Pada suatu hari Rasulullah s.a.w masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya’juj dan Ma’juj seperti ini, “Kemudian Baginda menemukan hujung ibu jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) kemudian mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan ada dikalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?” Lalu Nabi s.a.w bersabda “Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak,” (H.R MUSLIM)

Hadis ini menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada ditempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, malah orang-orang yang soleh juga dibinasakan, namun pada hari kiamat amalan masing2 akan diperhitungkan mengikut apa yang telah dilakukan semasa didunia. Oleh itu, segala macam kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang2 yg melakukan kemungkaran tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada ditempat itu.

Dalam hadis diatas, walaupun disebutkan khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dalam dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi s.a.w sendiri dari kalangan mereka dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebaran adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit dari bangsa yang lain. Begitu pula halnya dalam masalah berkaitan dengan maju mundurnya umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju mundur bangsa Arab itu sendiri. Selain drpd itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya’juj dan Ma’juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam a.s) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnian dan pengikut2nya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehingga hampir tibanya hari kiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini terjadi, ia menandakan bahawa hari kiamat sudah dekat…

JANGAN BIARKAN UMAT BINASA, MUNGKAR MAKSIAT MAHARAJALELA, KITA SEMUA NANTI MERASA AKIBAT BURUK DATANG MENIMPA…

DINDING YA’JUJ MULA TERBUKA, TANDA DUNIA AKAN BINASA, WALAUPUN ADA INSAN BERTAQWA, BILA MUNGKAR SUDAH MELATA…

(sumber : Sedarkah Kamu Wahai Manusia (antara semalam & hari ini) oleh Wan Md Jamal Bin Wan Md Saman)

WASPADALAH!

Tuesday, 12 April 2011

Sedikit Info Tentang Yahudi Yang Anda Perlu Tahu







Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya) . Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile
Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's) , Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan
Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universi ti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion.
Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya
pelajaran...

Sama-sama lah kita renung2kan...

Wassalam...

Monday, 11 April 2011

Tiada Hadith yang Benar Tentang "Nabi tidak mengaku Umat"







~Tiada hadis yang benar tentang "Nabi tidak mengaku umat", ia hanya kepalsuan yang berlegar di lisan orang Melayu.

Hadis yang sahih ialah kata Nabi:

 ( لَكِنِّي أُصَلِّي وَأَنَامُ وَأَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي )

[Muslim/ 2487] <Tetapi saya bersalat, dan saya tidur, dan saya berpuasa dan saya berbuka, dan saya mengahwini wanita.
Maka sesiapa menjauhi sunnah saya, maka bukan dari kalangan saya> 

~Allah SWT berfirman maksudnya: "Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas". (Asy Syua'ara ayat 165 -166) 

Firman Allah yang lain maksudnya: "Mengapa kamu mendatangi lelaki untuk memenuhi nafsumu, bukan mendatangi wanita ? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak mengetahui akibat perbuatanmu". (An Naml ayat 55) 

Homoseks menurut kacata mata Islam adalah satu perbuatan yang berdosa besar. Pelakunya dilaknat oleh Allah SWT. Homoseks melibatkan perlakuan seks sumbang antara lelaki sesama lelaki. Dalam sebuah hadis yang dinukilkan oleh imam Al-Hafiz Az-Zahabi dalam kitabnya Al-Kabair menjelaskan apabila seorang lelaki naik ke atas badan seorang lelaki lain untuk melakukan hubungan seks, maka bergegarlah arasy Tuhan. Ini menunjukkan betapa perbuatan ini suatu perbuatan yang terkutuk di sisi Allah. 

~Ada sebuah hadis dalam bab ini, yang bermaksud: "Sesiapa yang mengacu senjata ke atas kami maka dia tidak termasuk dari kami."

Merujuk kepada maksud “Maka dia tidak termasuk dari kami”, al-Nawawi rahimahullah menjelaskan:

Kaedah yang dipegang oleh mazhab Ahl al-Sunnah dan para ahli fiqh ialah orang yang mengacukan senjata ke atas umat Islam tanpa alasan yang benar dan (dia melakukannya) tanpa pengetahuan yang nyata serta tanpa keyakinan menghalalkannya, maka dia telah melakukan maksiat namun tidak kafir dengan tindakannya itu. Jika dia menghalalkannya, maka dia kafir.

Adapun maksud hadis, maka ia berlaku kepada orang yang menghalalkan sedangkan dia mengetahui (kesalahan itu) secara nyata. Maka (orang tersebut) kafir dan keluar dari agama Islam. Ada yang berkata, maksud hadis ialah tidak berada di atas jalan dan hidayah kami (Muhammad) secara sempurna. Sufyan bin ‘Uyaynah rahimahullahu Ta‘ala membenci penafsiran “tidak berada di atas hidayah kami”. Beliau berkata: “Amatlah buruk perkataan itu. Lebih baik menahan diri dari memberi takwilan sedemikian kepada hadis ini supaya ia lebih berkesan dalam jiwa dan sebagai satu pencegahan.” Dan Allah sahaja yang lebih mengetahui.

[al-Minhaj Syarh Shahih Muslim bin al-Hajjaj (Dar Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut), jld. 2, ms. 176-177]

~

(sumber : darulnuman.com)

SINAR CAHAYA AYAT KURSI



Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor
syaitan yg duduk diatas  pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami
terhadap  kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati
isteri terhadap  kejujuran
suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah
tidak akan masuk rumah
sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila
   berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan
   dua orang Malaikat memeliharanya  hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
   setiap sembahyang Fardhu,
   dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga
   sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
   tiap sembahyang,tidak
   menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali
   maut dan barang siapa
   membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke
   atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah
   disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
   tiap2 sembahyang fardhu,
   Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang
   yg bersyukur,setiap
   perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan
   padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum
   keluar rumahnya, maka
   Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
   memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
   sembahyang Allah SWT
   akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah
   seperti orang yang
   berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi
   ketika dalam kesempitan
   nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Wassalam,

Sunday, 10 April 2011

"TANDA-TANDA MAUT"



TANDA-TANDA NAK MATI

100 HARI


Seluruh badan rasa bergetar...

60 HARI


Pusat rasa bergerak-gerak...

40 HARI


Daun Dengan nama orang yang akan mati di Arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang akan mati itu merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang runding

7 HARI


Mengidam makanan....

5 HARI


Anak lidah bergerak-gerak..

2 HARI


Seluruh dahi rasa bergerak-gerak...

1 HARI


Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu Subuh dan Asar...

SAAT AKHIR


Terasa bahagian pusat hingga ke tulang Solbi ( di bahagian belakang badan )

BILA MALAIKAT MENYABUT NYAWA


Baginda Rasulullah S.A.W bersabda :

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.."


"Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar."


"Datang lagu satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga ke dada dan kemudiannya mereka keluar."


"Dan akhir sekali datang lagi satu lagi kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."


Sambung Rasulullah S.A.W lagi...


"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S akan menebarkan sayapnya yang i sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril A.S."


"Kalau orang yang nazak itu munafik, maka Jibril A.S akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya dia apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."


Wassalam.....


"WASPADALAH!"

Tuesday, 5 April 2011

Jangan Pergi Ke Rumah Rakan Dengan Tangan Kosong.




Apabila anda tiba di pintu (rumah) rakan-rakan anda dengan tangan kosong adalah seperti pergi ke kilang tanpa gandum. pada hari kiamat nnt, Allah S.W.T akan bertanyakan kepada sekalian manusia: 
"hadiah apa yang kau bawa untuk Aku untuk hari Terakhir?"
Allah akan berkata:
 "kamu dtg kesini dgn tangan kosong, tanpa apa2 peruntukan, sendirian dan miskin spt hari Kami telah menjadikan kamu" "katakan pada Ku apa hadiah yang kamu bawa untuk Ku untuk Hari Terakhir?"
"Atau adakah kamu tidak terfikir untuk datang kembali dari dunia untuk akhirat dan berdiri di hadapan Allah?" "Adakah kamu menganggap berita tentang akhirat di dalam al-Quran sebagai remeh temeh?"

Jika kamu percaya pada akhirat, bagaimana kamu boleh berdiri di hadapan pintu (rumah) kawan kamu dengan tangan yang kosong? berikanlah tempat tidur, makanan dan minumam walaupun hanya sedikit dan bersiap sedialah dengan hadiah kamu apabila tiba masanya untuk kamu bertemu dengan Kebenaran. Wahai pencinta kebenaran di antara mereka yang tidur sedikit di malam hari dan memohon keampunan terhadap dosa-dosa yg telah mereka lakukan, di tengah malam. Seperti janin dalam rahim, bergerak dan bergoyang2, sehingga kamu diberikan deria untuk melihat Cahaya. Jika kamu keluar dari seakan rahim ini dalam keadaan sedih, gelisah dan penuh kesayuan Bumi, kamu akan masuk ke dunia yang lebih luas dan selesa.

"Jadilah di antara mereka yang tidur sedikit/sebentar di malam hari dan mohonlah keampunan dari kejahatan yg telah mereka lakukan di tengah malam."


Sunday, 3 April 2011

Nama-Nama Syaitan (Iblis) dan Pekerjaannya.





Assalamualaikum w.b.t..

apa khabar saudara dan saudari yang dirahmati Allah sekalian.. alhamdulillah hari ini sekali lg sy diberi kesempatan untuk berkongsi serba sedikit perkara2 yg jarang kita dengar dan ambil perhatian. hari ini saya terpanggil untuk berkongsi serba sedikit tentang iblis atau syaitan. seperti yang kita sedia maklum, syaitan ini merupakan musuh utama dan nyata bagi seluruh umat islam. sebelum saya mengupas lebih lanjut tentang syaitan ini, sy ingin bercerita serba sedikit tentang syaitan. syaitan ini dahulunya merupakan penghulu atau ketua para malaikat. syaitan merupakan makhluk kesayangan Allah dan yang paling dekat dengan Nya. namun, kerana keegoannya yang tinggi. syaitan ini akhirnya dicampak keluar dari syurga dan dilaknat oleh Allah kerana enggan sujud kepada nabi Adam a.s.. syaitan telah berjanji kepada Allah untuk menyesatkan seluruh anak cucu Adam hingga hari kiamat... Na`uzubillah...

Lafaz "syaitan" sbnrnya berlaku utk golongan jin dan manusia yg melampaui batas dab membangkang terhadap hukum-hakam Allah. Orang Arab kadangkala menamakan "ular" sbg syaitan, krn ia membangkang, cepat bergerak dan amat membahayakan.. Allah SWT menyebut bahawa "Zaqqum" bagaikan kepala syaitan. Pohon Zaqqum adalah pohon yg tumbuh di dasar neraka sebagaimana firman Allah yg bermaksud:
 "Muncungnya bagaikan kepala syaitan..." (Ash-Shaffat : 65)

Imam Farra mengatakan: ada tiga sbb sehubungan dgn nama pohon tersebut iaitu:

  1. Allah membuat perumpamaan muncung Zaqqum dgn kepala syaitan krn rupanya yg buruk dan hodoh.
  2. Orang Arab menamakan sbhgian ular dgn syaitan krn mempunyai perangai buruk.
  3. Konon krn pohon Zaqqum itu amat jelik maka ia disamakan spt kepala syaitan.
Menurut buku yg ditulis oleh Khairul Ghazali (Rupa & Wajah Iblis Laknatullah), terdapat 9 jenis iblis yg berbeza dan mempunyai tugas2 nya yg tertentu. antara nama2 iblis dan tugas2 nya ialah:

1) Iblis Zailatun

Iblis Zailatun bekerja utk menjerumus para pedagang di pasar agar terus berdusta, mengurangi timbangan. Menimbulkan pertengkaran di antara para pedagang dan melakukan tipu daya kpd para pedagang agar berbuat curang dlm akad jual beli, dgn rayuan agar cepat kaya. Jika rayuan iblis Zailatun ini diikuti oleh para pedagang, jadilah mereka orang kaya yg menghisap pembeli dan berlakulah kecurangan dlm jual beli.Allah SWT memberi ancaman ke atas orang2 yg mengikuti langkah2 iblis Zailatun dgn neraka jahannam sebagaimana firman Allah yg bermaksud:

"Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang, (iaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain, mereka mengurangi. Dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka menguranginya." (Al-Muthaffifin: 1-6)

2) Iblis Wawatsin

Iblis Wawatsin bekerja utk mggoda dan menjerumuskan orang2 beriman agr selalu mengeluh, tak sabar dan tak ikhlas di dlm mghadapi sebarang cabaran atau musibah. sedangkan perbuatan org yg meratapi musibah hingga mengoyak2 pakaiannya adlh termasuk perbuatan dosa. perbuatan seperti itu merupakan bentuk ketidakikhlasan dlm menerima ketentuan ataupun takdir dari Allah Taala. Seolah2 menyalahkan Allah diatas musibah tersebut. padalah yg berlaku di alam ini sudah tertulis di Luh Mahfuz sebagai ketentuan dari Yang Maha Kuasa.
Allah mengisytiharkan akan menyeksa setiap orang yg tidak sabar dlm menerima musibah, sebagaimana sabda Rasulullah yg bermaksud:

"Sesungguhnya wanita2 yg merintih (lantaran menerima musibah) ini akan dijadikan kelak di hari kiamat dua barisan neraka di neraka jahannam, satu barisan berada di sebelah kanan penduduk neraka dan satu barisan lagi berada di sebelah kiri, akhirnya mereka berteriak kpd pnduduk ahli neraka sebagaimana layaknya anjing2 yg menggonggong." (HR. Ath-Thabrani)

3) Iblis Akwan

Iblis Akwan bekerja utk menyesatkan dan mempengaruhi para remaja dan pemimpin umat supaya selalu berbuat zalim, menjauhi hal-hal yang makruf, menanam kesenangan berbuat mungkar dan maksiat.
Hal ini tlh dijelaskan Allah menerusi firmanNya yang bermaksud:

"....tetapi syaitan (iblis) menjadikan umat-umat itu memandang baik perbuatan mereka (yang buruk), maka syaitan menjadi pemimpin mereka di hari itu dan bagi mereka azab yang sangat pedih." (An-Nahl: 63)

4) Iblis Hafaf

Iblis Hafaf menjalankan tugasnya utk menyesatkan dan menjerumuskan kaum muslimin ke lembah nista yg berlumur dosa dengan cara melakukan tipu daya dan pujuk rayu agar kaum muslimin meminum minuman khamar. sbb jika seseorang sudah meminum khamar dan mabuk, maka segala bentuk kemungkaran yg lain dengan mudah ia lakukan seperti zina,membunuh dan sebagainya.
Agar tidak mudah tertipu oleh pujuk rayu Iblis Hafaf, Allah telah memperingatkan kaum Muslimin agar tidak meminum khamar. sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya, maksudnya:

"hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu dapat keberuntungan." (Al-Maidah : 90)

5) Iblis Wamurah

Iblis Wamurah mnjlnkn tugas utk menjerumuskan para penyanyi agar mendendangkan lagu yg penuh maksiat, menyeru berbuat mungkar, serta lagu2 yg bersyair kebebasan tanpa etika. juga menjerumuskan para penyanyi agar berpenampilan seronok, yg dpt mengundang luapan nafsu dan maksiat. dgn demikian org akan mudah dibawa utk dijerumuskan ke dalam dunia mungkar dan maksiat. Nyanyian dan para penyanyinya itu termasuk salah satu alat iblis yg paling berkesan utk menjerumuskan org ke dalam kesesatan yg penuh dosa.

6) Iblis Laqwal

Iblis Laqwal adlh iblis yg bekerja utk mempengaruhi manusia agar ttp kafir, ttp musyrik dan ttp menyembah berhala atau sembahan lainnya selain Allah. Orang yg menyembah selain Allah, bererti dirinya menjadi Iblis sbg pelindungnya yg harus diikuti tingkah lakunya. mereka tidak sedar bahawa dirinya tlh disesatkan oleh Iblis utk dijerumuskan ke dalam jurang kekufuran. sebagaimana disebut Allah dalam firman-Nya yg bermaksud:

"Sesungguhnya mereka menjadikan syaitan-syaitan pelindung (mereka) selain Allah, dan mereka mengira bahawa mereka dapat petunjuk." (Al-A`raf : 30)

7) Iblis A`war

Iblis A`war mnjalankan tugas mempengaruhi dan menggoda laki-laki dan wanita agar melakukan perbuatan zina, ataupun melakukan perbuatan maksiat lainnya. Iblis A`war menggunakan "Pandangan Mata" sbg cara yg plg berkesan utk membakar nafsu kaum lelaki dan wanita agar berbuat maksiat.
Mujahid berkata: ketika wanita itu mghadap, maka iblis duduk di kepalanya utk menghiasi wajah wanita tersebut agar nmpk menarik bg org yg melihatnya. jika wanita itu berpaling ke belakang maka iblis duduk di punggungnya utk menghiasi punggung tersebut agar nampak menarik bagi orang yg melihatnya.
Nabi Isa a.w pernah berkata: "Takutlah kamu memandang (wanita), krn sesungguhnya memandang itu dapat menumbuhkan syahwat di dalam hati dan ini sudah cukup utk mendatangkan fitnah".

8) Iblis Al-Wasnan

Iblis Al-Wasnan tugasnya mengencing org supaya malas bangun utk beribadah. Jika org sudah malas bangun malam utk beribadah bererti dirinya mementingkan tidurnya, tidak memikirkan kehidupannya nanti diakhirat. tidak mahu bermunajat kepada Allah bererti ada hal lain yg lebih penting selain bermunajat yg bersifat keduniaan. Kalau hal ini sudah menjadi kebiasaan seseorang hamba, maka akan memudahkan iblis menjauhkan dia dari kegiatan agama dan lebih senang untuk iblis mengheretnya ke jurang kemaksiatan dan kekufuran. Sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Quran, maksudnya:

"Dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, Sesungguhnya syaitan itu musuh nyata bagimu." (Al-An`am : 142)

9) Iblis Dasim

Iblis Dasim bekerja untuk mempengaruhi, menggoda dan mendorong suami isteri agar gemar melakukan penyelewengan, berlaku curang dan khianat dengan tujuan agr hubungan mereka tidak harmoni dan porak peranda, akhirnya berlaku perceraian. Inilah yg menjadi rancangan Iblis Dasim, iaitu memecah belahkan rumahtangga. Apabila berlaku perceraian, maka akan mudah bagi iblis Dasim utk mengajak suami isteri tadi agar melakukan kemaksiatan setidak2nya untuk dijerumuskan ke dalam perbuatan hina seperti zina,khalwat dan sebagainya.

Wallahualam... marilah kita sama2 berfikir sejenak tentang dosa2 yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita.. sesungguhnya kita sebagai manusia biasa tidak akan lari dari melakukan kesilapan dan dosa. namun, pintu taubat masih terbuka luas bagi mereka2 yang btol2 insaf terhadap kesilapan mereka.. sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Maha Mengampuni..

"WASPADALAH!"

(sumber: Rupa & Wajah Iblis Laknatullah oleh Khairul Ghazali)

Friday, 1 April 2011

Kronologi 10 Tanda Besar Kiamat


Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar anda semua disana? diharapkan anda semua sihat2 belaka dan sentiasa diberi kehidupan yang sentiasa direhai dan dirahmati Allah hendaknya..
Alhamdulillah dgn izin Allah S.W.T hari ini sekali lg kita diberi kesempatan dan peluang untuk hidup dimuka bumi Allah yang indah ini. Bersyukur juga keatas Ilahi kerana limpah kurnianya kita dapat mencapai dan menikmati nikmat2 Allah.

hari ini insyaAllah saya akan membentangkan tentang perkara2 yang semakin hari semakin kita bimbangkan iaitu berlakunya hari kiamat. seperti yang kita ketahui, telah banyak tanda2 kiamat yang telah berlaku dimuka bumi Allah ini iaitu maksiat berleluasa, perempuan lebih ramai drpd lelaki, wanita berpakaian tetapi hakikatnye telanjang, bermaharajalelanya alat muzik dan sebagainya. mengenai kronologi 10 tanda besar kiamat ini, sebagaimana hadis yg direkodkan oleh Imam Muslim drpd Hudzaifah bin usaid Al-Ghiffari, dia berkata,

"Rasulullah SAW pernah muncul di hadapan kami ketika kami sedang berbincang. Lalu, beliau bertanya, 'apakah yg kamu semua sdg bincangkan?' mereka (para sahabat) menjawab, 'kami sdg berbincang mengenai as-Sa`ah (hari kiamat)'. Beliau berkata, 'Sesungguhnya kiamat itu tidak akn dtg sehingga kamu melihat sepuluh ayat (tanda) sebelumnya. Beliau kemudiannya menyatakan : 1) Ad-Dukhan (asap/kabut), 2) Dajal (pendusta), 3) Dabbah (binatang yg akn keluar dari perut bumi), 4) matahari terbit dari (sebelah) barat, 5) turunnnya Isa Ibnu Maryam a.s., 6) Yakjuj dan Makjuj, 7-9) tiga gempa bumi, iaitu di timur, barat dan di Semenanjung Arab, dan yg terakhir adalah 10) keluarnya api dari Yaman yg membawa manusia ke tempat mereka berkumpul."" (Sahih Muslim, Bahagian Fitnah dan Tanda-tanda Kiamat 18: 27-28).


Mengenai tanda2 itu, maka jelas Rasulullah mengingatkan manusia supaya selalu bersegera melakukan amal baik. supaya terselamat drpd bencana2 itu. Abu Hurairah melaporkan hadis Rasulullah yg berkata,

"Bersegeralah melakukan amal2 soleh sblm dtgnya enam perkara, iaitu Dajal, Dukhan, Binatang melata bumi, terbitnya matahari dari barat, kehancuran total, kematianmu sendiri." (Hadis direkodkan oleh Muslim)

Berdasarkan persoalan kronologi kiamat ini, terdapat perbezaan kronologi sebagaimana yg disusun oleh Yusuf Bin Abdullah (1989) dan Dr. 'Umar Sulaiman Al Asyqar, spt yang sy akan tunjukkan dibawah:



Pendapat Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al Wabil, M.A dlm bukunya yg berjudul “Asyratus Sa`ah”(Tanda-tanda kiamat)

Kronologi
Pendapat Dr. ‘Umar Sulaiman al Asyqar dlm bukunya yg bertajuk “Al Yaum Al Akhir” (Hari Akhir)
Munculnya Al-Mahdi
1
Munculnya Al-Mahdi
*Munculnya Al-Masih Dajal
2
*Munculnya kabut Ad-Dukhan
Turunnya Isa Al-Masih
3
*Munculnya Al-Masih Dajal
Keluarnya Yakjuj & Makjuj
4
Turunnya Isa Al-Masih
Gempa bumi di tiga wilayah
5
Keluarnya Yakjuj & Makjuj
*Munculnya Ad-Dukhan
6
Terbitnya matahari dari barat
Terbitnya matahari dari barat
7
Terbitnya matahari dari perut bumi
Keluarnya binatang dari perut bumi
8
Api yang mengumpulkan manusia
Api yang mengumpulkan manusia
9

*Lihat Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabil,M.A.(1409H/1989M) Asytus Sa-ah, edisi terjemahan: Tanda-tanda Hari Kiamat (1994). h. 11.

*Lihat Dr. ’Umar Sulaiman (1408H/1988M) ”Al Yaum Al Akhir”. Edisi terjemahan: Hari Akhir: Kiamat Kecil dan Tanda-tanda Kiamat Besar (2000). PT. Serambi, h. 8-9.



Kedua-dua penulis di atas sudah tentu memanfaatkan kajian hadis yg mendalam sblm menyusun kronologi itu. Namun terdapat perbezaan kronologi antara kedua-dua penulis tersebut. Jadi, yg manakah yg mendekati kebenaran? Ini mengundang perhatian kita bagi mengkajinya.
Jika sumber-sumber hadis ini dikaji semula, dua kronologi di atas, iaitu munculnya Dajal dan asap global dpt diselaraskan spt berikut:

              Dajal Akhir Zaman 1  ►  Datangnya Asap Ad-Dukhan  ►  Dajjal Akhir Zaman 2

Munculnya al-Mahdi » Kemunculan pertama Al-Masih Dajal » Munculnya asap tebal » Kemunculan kedua al-Masih Dajal » Turunnya isa al-Masih bg membunuh Dajal » Keluarnya Yakjuj & Makjuj.

Berkaitan dgn tempoh kemunculan Dajal pula, ada hadis yg menyatakannya selama 40 tahun dan ada pula yang menyatakannya sebagai 40 hari. Berdasarkan hadis yang direkodkan oleh Imam Ahmad (6/454) dan juga Imam Hambal (54/1-2), maka difahami Dajal adalah individu yg akn muncul sebanyak dua kali. Kemunculannya yg pertama adalam selama 40 tahun (sblm munculnya asap dukhan). Kemunculan keduanya pula isitu selama 40 hari ataupun 1 tahun, 2 bulan dan 2 minggu. Pada masa itu Dajal muncul secara terang-terangan.
Pada masa itu, susuk tubuhnya adalah sebagaimana yg digambarkan oleh Rasulullah, iaitu sebelah matanya bulat menonjol seperti buah anggur, ia sbnrnya adlh seketul daging yg menutupi kelopak matanya; dan ada tulisan KAFIR di dahinya.

Berdasarkan hipotesis di atas, maka kronologi yg berikut dpt disimpulkan:

TEMPOH 40 TAHUN DAJAL:

  1. Dajal mengisytiharkan diri sebagai Tuhan; dan
  2. Allah menimpakan meteor ke atas bumi, lantas mengakibatkan munculnya asap (dukhan). Ini berlaku pd pertengahan bulan Ramadhan.
TEMPOH 40 HARI DAJAL:
  1. Langit menjadi gelap krn ditutupi asap selama lebih drpd setahun. Dajal dan para pengikutnya terjejas oleh asap berkenaan (wajah membengkak, buta dan pekak). Pada masa yg sama, org beriman hnya ditimpa penyakit ringan krn gejala seakan selsema;
  2. 40 hari yg sama dengan 1 tahun, 2 bulan dan 2 minggu;
  3. Nabi Isa muncul di Damaskus;
  4. Nabi Isa membunuh Dajal di Gerbang Ludd (Lyda), Israel;
  5. Yakjuj & Makjuj keluar;
  6. Nabi Isa dan kaum Muslimin melarikan diri ke Bukit Tursina; dan
  7. Yakjuj & Makjuj mati dengan berkat doa Nabi Isa.
ZAMAN KEMAKMURAN DI BUMI

  1. Nabi Isa menghapuskan agama palsu;
  2. Nabi Isa berkahwin dan menunaikan haji di Makkah; dan
  3. Nabi Isa meninggal dunia.
KEKAFIRAN MUNCUL KEMBALI:
  1. Kemunculan golongan yg menyembah Nabi Isa;
  2. Keluarnya binatang melata dari bumi;
  3. Matahari terbit dari barat; dan
  4. Angin lembut mencabut roh orang beriman.
NAMA ALLAH TIDAK LAGI DISEBUT:
  1. Dunia hanya dihuni oleh orang kafir - patung Al-Laat, Al-'Usah dan dhil-Khissah disembah di Taman Arab;
  2. Zina berlaku dijalanan;
  3. Majoriti bangsa Romawi; dan
  4. Sangkakala pertama ditiup.
KIAMAT 1 (40 TAHUN):
  1. Langit terbelah;
  2. Mega supernova, matahari digulung, planet berselerakan, Bumi bergoncang;
  3. Manusia mati secara berturutan;
  4. Sangkakala kedua ditiup; dan
  5. Seluruh umat manusia dihidupkan kembali.
KIAMAT 2 (MANUSIA BERDIRI DIHADAPAN ALLAH SELAMA 50,000 TAHUN):
  1. Syurga; dan
  2. Neraka.

Demikian lah sedikit sebanyak kronologi tanda2 besar kiamat dan hari kiamat yg sempat saya kongsikan.. dengan ini, marilah sama-sama kita muhasabah diri kita apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita dimuka bumi Allah ini. Allah memberikan pelbagai nikmat2 Nya kepada kita, tapi adakah kita mensyukuri nikmat2 nya dengan melakukan segala perintah Nya dan meninggalkan segala larangan Nya? ingat lah bahawa kita sekarang merupakan manusia AKHIR ZAMAN !!

Wallahualam...

(Sumber: ARMAGEDON 2012 oleh Muhammad Alexander )


Thursday, 31 March 2011

Nikah Khitbah Sebagai Satu Alternatif


Assalamualaikum w.b.t


apa khabar anda semua? semoga anda disana sihat2 belaka dan sentiasa dirahmati Allah hendaknya.. hari ini saya terdetik untuk membincangkan sesuatu topik yang jarang kita dengar dalam masyarakat kita iaitu Nikah Khitbah. saya percaya tentu kebanyakan anda semua tidak tahu mengenai apa itu yang dimaksudkan dengan nikah khitbah. apabila kita lihat femomena yg berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini, sudah pastinya perkara2 yang akan timbul dan menjadi perbualan kebanyakan orang ialah kes pembuangan bayi, mat rempit, maksiat, seks bebas dan sebagainya. hari ini saya ingin membincangkan serba sedikit tentang kes pembuangan bayi dan gejala2 maksiat (zina) yang semakin berleluasa di dalam negara ini. tidakkah anda semua terfikir mengapa fenomena sebegini berlaku secara berleluasa dalam negara kita? byk pihak yg suka menunding jari kepada pihak2 laen tetapi mereka tidak berbuat sesuatu tentang perkara ini. Maksiat yang berleluasa dinegara ini terutama di ibu2 kota telah menjadi perkara yang amat membimbangkan banyak pihak dari dulu lg.


oleh itu, saya ingin menengahkan satu alternatif yang boleh kita gunakan bagi mengelakkan perkara2 ini semakin berleluasa di negara kita iaitu nikah khitbah. Nikah khitbah ialah sesuatu pernikahan yang dipermudahkan proses perkahwinannya terutama kepada anak2 muda yg tidak berkemampuan dari segi material utk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan. contohnya ialah pelajar atau mahasiswa/mahasiswi yang sedang menuntut.. Islam aalah agama yg penuh dengan rahmah dah berkah. ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik . 


Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia.


Firman Allah swt yang bermaksud :
dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui . An Nuur : Ayat 32



Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :
* Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
* Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
* Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
* Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
* Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan

* Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
* Merendahkan hantaran perkahwinan



Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
* Suami
* Isteri
* Wali
* Saksi
* Aqad [ Ijab Qabul ]

cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :
* Masih menuntut di kolej atau universiti
* Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
* Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.


Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .


Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .


Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara



Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .

Sumber: http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/08/nikah-khitbah-satu-alternatif.html

*WASPADALAH!*



Wednesday, 30 March 2011

Tarian Poco-Poco Haram?!


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah hari ini kita semua diberi keizinan dan kesempatan oleh Allah s.w.t untuk hidup dimuka bumi Allah yang tercinta ini. Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit apa yang berlaku yang telah mengejutkan kebanyakan rakyat Malaysia pada hari ini. Tarian atau senaman poco-poco tidak menjadi sesuatu yang asing pada kebanyakan warga Malaysia pada hari ini. Namun begitu, hari ini, tanggal 30 Mac 2011, Mufti Perak, Tan Sri Hurussani Zakaria berkata, tarian poco-poco telah diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan atau aqidah agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.

Kenyataan ini sememangnya telah mengejutkan ramai pihak terutamanya penggiat tarian atau senaman ini sejak dulu lagi. Adakah kita tidak pernah terfikir dari mana asal usul tarian ini sejak mula tarian ini diperkenalkan dalam negara ini. sebenarnya tarian poco2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg beragama Kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Jika diperhatikan dengan teliti, kita akan dapat lihat pergerakan-pergerakannya yang berbentuk salib.
Mungking kita tak perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yang baru tanpa usul periksa. Sesungguhnya, inilah cara2 musuh2 Islam untuk menyesatkan kita sedangkan kita tahu apa yang kita lakukan menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu sama seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.

Walau bagaimanapun, saya percaya bahawa kebanyakan penggiat2 atau penari2 yang menarikan tarian atau senaman poco2 ini tidak mengetahui sama sekali tentang asal usul dan sebab2 mengapa tarian itu ditarikan sebegitu rupa. Sifat jahil inilah yang membawa kita kepada melakukan perkara2 yang bertentangan dengan agama Islam dengan melakukan perkara2 yang diamalkan oleh agama2 lain selain Islam. Sifat sebegini memberi peluang dan ruang oleh penganut2 agama lain terutama Kristian lebih2 lagi Yahudi untuk meracun dan merosakkan akidah kita secara halus dengan memperkenalkan pelbagai2 jenis hiburan termasuk tarian poco-poco ini. Saya sendiri terkejut dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Perak hari ini kerana saya sendiri pernah menarikan tarian poco-poco ini hampir setiap hari selama 3 bulan semasa saya menghadiri latihan khidmat negara (PLKN) 2 tahun lepas.

Kita tidak boleh menunding jari pada sesiapa pun mengenai perkara ini, namun, dengan berlakunya perkara2 seperti ini, diharapkan supaya kita muhasabah diri kita mengapa perkara2 sebegini berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Dalam hadis yang diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat, Abdullah bin `Umar, Huzaifah bin Al-Yaman, dan Anas bin Malik, Rasullullah s.a.w bersabda "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka". Maka kita perlulah sentiasa berwaspada dengan apa jua perkara-perkara baru yang didatangkan ke Malaysia khususnya yang berasal dari negara-negara bukan Islam.

Berikut merupakan isi yang terkandung dalam surat keputusan jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali 186 berkenaan hukum sebenar berkaitan tarian senaman poco-poco:

"Mesyuarat Jawatankuasa fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 23-26 Januari 2011M bersamaan 19-21 Safar 1432H kali ke 186 memperaku supaya diharamkan tarian atau senaman poco-poco atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat mangambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan"

" WASPADALAH! "

Tuesday, 29 March 2011

Bila Paderi Dedah Rahsia



Assalamualaikum dan salam sejahtera….

”LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN“

Bismillahirrahmanir rahim.

Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita, insya Allah… Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia. Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya.

Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika , dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani.. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan- jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka..

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ” Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.” Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ”
Barulah pemuda ini beranjak keluar.


Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, “Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?” Paderi itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.” Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim
itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ”
Si pemuda tersenyum dan berkata, “Silakan!”



Sang paderi pun mulai bertanya,

“Sebutkan satu yang tiada duanya,
dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya,
empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada delapannya,
delapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya,
dua belas yang tiada tiga belasnya,
tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api,
siapakah yang diazab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari api?
Siapakah yang tercip tadari batu,
siapakah yang diazab dengan batu dan
siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca “Bismillah.. .” dia berkata, -Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ” Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).” (Al-Isra’: 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa
ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s..w.t.
berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.”
(Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ” Dan malaikat- malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim
paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s..w.t.
berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat
dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, “Pukullah batu itu dengan tongkatmu.” Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al- Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah
waktuSubuh. Allah s.w.t.. berfirman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ”
(At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus
AS...

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah
saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba
dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan
serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, “Tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku.
Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Yusuf:9)
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara
keldai.” (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,
Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim..

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api
ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu
Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.

Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, “Apakah kunci surga itu?”

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti
keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan
kekuatirannya, namun tidak berhasil.

Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab
pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya
dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi *****a satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! “

Paderi tersebut berkata, “Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”

Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda. “

Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa
Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. “
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk
agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

NOTA:

Ini merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur’an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu
(kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke
telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian
tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. *****a, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.