
Followers
Wednesday, 30 March 2011
Tarian Poco-Poco Haram?!
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah hari ini kita semua diberi keizinan dan kesempatan oleh Allah s.w.t untuk hidup dimuka bumi Allah yang tercinta ini. Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit apa yang berlaku yang telah mengejutkan kebanyakan rakyat Malaysia pada hari ini. Tarian atau senaman poco-poco tidak menjadi sesuatu yang asing pada kebanyakan warga Malaysia pada hari ini. Namun begitu, hari ini, tanggal 30 Mac 2011, Mufti Perak, Tan Sri Hurussani Zakaria berkata, tarian poco-poco telah diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan atau aqidah agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.
Kenyataan ini sememangnya telah mengejutkan ramai pihak terutamanya penggiat tarian atau senaman ini sejak dulu lagi. Adakah kita tidak pernah terfikir dari mana asal usul tarian ini sejak mula tarian ini diperkenalkan dalam negara ini. sebenarnya tarian poco2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg beragama Kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Jika diperhatikan dengan teliti, kita akan dapat lihat pergerakan-pergerakannya yang berbentuk salib.
Mungking kita tak perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yang baru tanpa usul periksa. Sesungguhnya, inilah cara2 musuh2 Islam untuk menyesatkan kita sedangkan kita tahu apa yang kita lakukan menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu sama seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.
Walau bagaimanapun, saya percaya bahawa kebanyakan penggiat2 atau penari2 yang menarikan tarian atau senaman poco2 ini tidak mengetahui sama sekali tentang asal usul dan sebab2 mengapa tarian itu ditarikan sebegitu rupa. Sifat jahil inilah yang membawa kita kepada melakukan perkara2 yang bertentangan dengan agama Islam dengan melakukan perkara2 yang diamalkan oleh agama2 lain selain Islam. Sifat sebegini memberi peluang dan ruang oleh penganut2 agama lain terutama Kristian lebih2 lagi Yahudi untuk meracun dan merosakkan akidah kita secara halus dengan memperkenalkan pelbagai2 jenis hiburan termasuk tarian poco-poco ini. Saya sendiri terkejut dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Perak hari ini kerana saya sendiri pernah menarikan tarian poco-poco ini hampir setiap hari selama 3 bulan semasa saya menghadiri latihan khidmat negara (PLKN) 2 tahun lepas.
Kita tidak boleh menunding jari pada sesiapa pun mengenai perkara ini, namun, dengan berlakunya perkara2 seperti ini, diharapkan supaya kita muhasabah diri kita mengapa perkara2 sebegini berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Dalam hadis yang diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat, Abdullah bin `Umar, Huzaifah bin Al-Yaman, dan Anas bin Malik, Rasullullah s.a.w bersabda "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka". Maka kita perlulah sentiasa berwaspada dengan apa jua perkara-perkara baru yang didatangkan ke Malaysia khususnya yang berasal dari negara-negara bukan Islam.
Berikut merupakan isi yang terkandung dalam surat keputusan jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali 186 berkenaan hukum sebenar berkaitan tarian senaman poco-poco:
"Mesyuarat Jawatankuasa fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 23-26 Januari 2011M bersamaan 19-21 Safar 1432H kali ke 186 memperaku supaya diharamkan tarian atau senaman poco-poco atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat mangambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan"
" WASPADALAH! "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sebarang komen dan kritikan amat dialu-alukan...
ReplyDeleteerm, klo dh diharamkan di negeri Perak,
ReplyDeletebagaimne pula dgn negeri2 lain, spt yg kite thu bdg kuasa agama d bwh kuasa negeri. adakah perkara yg sma telah d putuskan oleh Jwtankuasa Fatwa Kebangsaan..? jika tidak, kekeliruan masyarakat akn berlaku. Prkara inilah yg harus dielakkan.