Followers

Sunday, 24 April 2011

MENGAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAH




Assalamualaikum w.b.t.. apa khabar anda disana? Semoga anda disana sentiasa didalam perlindungan Allah hendaknya... saya ingin bertanya kpd anda, penahkah anda terfikir mengapa negara2 Islam sejak dahulu lagi menjadi sasaran pemusnah kaum2 bukan Islam di dunia ini? Sungguh byk peperangan telah tercetus membabitkan Negara bukan Islam dengan Negara Islam.. sungguh sedih apabila melihat saudara2 kita yang menderita kerana diseksa,dibunuh dan sebagainya.. tapi apa yang kita lakukan untuk membantu mereka saudara seIslam kita itu? Kita hanya melihat, tapi tidak bertindak.. kita tidak berani untuk maju kehadapan menyuarakan suara Islam kita… kita hanya duduk dan dengar berita2 yg menyayat hati itu di kaca2 televisyen dan media massa yang lain… namun apakan daya… mungkin ini sudah takdir Tuhan… tetapi.. pernahkah anda terfikir mengapa ini semua berlaku? Mengapa Islam sentiasa ditindas dan menjadi sasaran utama pemusnah2 di dunia ini? Kejahatan,kekejaman telah terlalu berleluasa dan bermaharajalela di dunia ini….

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Daripada Ummul Mu’minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah s.a.w), beliau berkata: “Pada suatu hari Rasulullah s.a.w masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya’juj dan Ma’juj seperti ini, “Kemudian Baginda menemukan hujung ibu jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) kemudian mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan ada dikalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?” Lalu Nabi s.a.w bersabda “Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak,” (H.R MUSLIM)

Hadis ini menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada ditempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, malah orang-orang yang soleh juga dibinasakan, namun pada hari kiamat amalan masing2 akan diperhitungkan mengikut apa yang telah dilakukan semasa didunia. Oleh itu, segala macam kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang2 yg melakukan kemungkaran tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada ditempat itu.

Dalam hadis diatas, walaupun disebutkan khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dalam dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi s.a.w sendiri dari kalangan mereka dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebaran adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit dari bangsa yang lain. Begitu pula halnya dalam masalah berkaitan dengan maju mundurnya umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju mundur bangsa Arab itu sendiri. Selain drpd itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya’juj dan Ma’juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam a.s) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnian dan pengikut2nya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehingga hampir tibanya hari kiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini terjadi, ia menandakan bahawa hari kiamat sudah dekat…

JANGAN BIARKAN UMAT BINASA, MUNGKAR MAKSIAT MAHARAJALELA, KITA SEMUA NANTI MERASA AKIBAT BURUK DATANG MENIMPA…

DINDING YA’JUJ MULA TERBUKA, TANDA DUNIA AKAN BINASA, WALAUPUN ADA INSAN BERTAQWA, BILA MUNGKAR SUDAH MELATA…

(sumber : Sedarkah Kamu Wahai Manusia (antara semalam & hari ini) oleh Wan Md Jamal Bin Wan Md Saman)

WASPADALAH!

Tuesday, 12 April 2011

Sedikit Info Tentang Yahudi Yang Anda Perlu Tahu







Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya) . Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile
Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's) , Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan
Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universi ti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion.
Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya
pelajaran...

Sama-sama lah kita renung2kan...

Wassalam...

Monday, 11 April 2011

Tiada Hadith yang Benar Tentang "Nabi tidak mengaku Umat"







~Tiada hadis yang benar tentang "Nabi tidak mengaku umat", ia hanya kepalsuan yang berlegar di lisan orang Melayu.

Hadis yang sahih ialah kata Nabi:

 ( لَكِنِّي أُصَلِّي وَأَنَامُ وَأَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي )

[Muslim/ 2487] <Tetapi saya bersalat, dan saya tidur, dan saya berpuasa dan saya berbuka, dan saya mengahwini wanita.
Maka sesiapa menjauhi sunnah saya, maka bukan dari kalangan saya> 

~Allah SWT berfirman maksudnya: "Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas". (Asy Syua'ara ayat 165 -166) 

Firman Allah yang lain maksudnya: "Mengapa kamu mendatangi lelaki untuk memenuhi nafsumu, bukan mendatangi wanita ? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak mengetahui akibat perbuatanmu". (An Naml ayat 55) 

Homoseks menurut kacata mata Islam adalah satu perbuatan yang berdosa besar. Pelakunya dilaknat oleh Allah SWT. Homoseks melibatkan perlakuan seks sumbang antara lelaki sesama lelaki. Dalam sebuah hadis yang dinukilkan oleh imam Al-Hafiz Az-Zahabi dalam kitabnya Al-Kabair menjelaskan apabila seorang lelaki naik ke atas badan seorang lelaki lain untuk melakukan hubungan seks, maka bergegarlah arasy Tuhan. Ini menunjukkan betapa perbuatan ini suatu perbuatan yang terkutuk di sisi Allah. 

~Ada sebuah hadis dalam bab ini, yang bermaksud: "Sesiapa yang mengacu senjata ke atas kami maka dia tidak termasuk dari kami."

Merujuk kepada maksud “Maka dia tidak termasuk dari kami”, al-Nawawi rahimahullah menjelaskan:

Kaedah yang dipegang oleh mazhab Ahl al-Sunnah dan para ahli fiqh ialah orang yang mengacukan senjata ke atas umat Islam tanpa alasan yang benar dan (dia melakukannya) tanpa pengetahuan yang nyata serta tanpa keyakinan menghalalkannya, maka dia telah melakukan maksiat namun tidak kafir dengan tindakannya itu. Jika dia menghalalkannya, maka dia kafir.

Adapun maksud hadis, maka ia berlaku kepada orang yang menghalalkan sedangkan dia mengetahui (kesalahan itu) secara nyata. Maka (orang tersebut) kafir dan keluar dari agama Islam. Ada yang berkata, maksud hadis ialah tidak berada di atas jalan dan hidayah kami (Muhammad) secara sempurna. Sufyan bin ‘Uyaynah rahimahullahu Ta‘ala membenci penafsiran “tidak berada di atas hidayah kami”. Beliau berkata: “Amatlah buruk perkataan itu. Lebih baik menahan diri dari memberi takwilan sedemikian kepada hadis ini supaya ia lebih berkesan dalam jiwa dan sebagai satu pencegahan.” Dan Allah sahaja yang lebih mengetahui.

[al-Minhaj Syarh Shahih Muslim bin al-Hajjaj (Dar Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut), jld. 2, ms. 176-177]

~

(sumber : darulnuman.com)

SINAR CAHAYA AYAT KURSI



Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor
syaitan yg duduk diatas  pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami
terhadap  kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati
isteri terhadap  kejujuran
suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah
tidak akan masuk rumah
sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila
   berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan
   dua orang Malaikat memeliharanya  hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
   setiap sembahyang Fardhu,
   dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga
   sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
   tiap sembahyang,tidak
   menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali
   maut dan barang siapa
   membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke
   atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah
   disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
   tiap2 sembahyang fardhu,
   Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang
   yg bersyukur,setiap
   perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan
   padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum
   keluar rumahnya, maka
   Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
   memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
   sembahyang Allah SWT
   akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah
   seperti orang yang
   berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi
   ketika dalam kesempitan
   nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Wassalam,

Sunday, 10 April 2011

"TANDA-TANDA MAUT"



TANDA-TANDA NAK MATI

100 HARI


Seluruh badan rasa bergetar...

60 HARI


Pusat rasa bergerak-gerak...

40 HARI


Daun Dengan nama orang yang akan mati di Arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang akan mati itu merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang runding

7 HARI


Mengidam makanan....

5 HARI


Anak lidah bergerak-gerak..

2 HARI


Seluruh dahi rasa bergerak-gerak...

1 HARI


Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu Subuh dan Asar...

SAAT AKHIR


Terasa bahagian pusat hingga ke tulang Solbi ( di bahagian belakang badan )

BILA MALAIKAT MENYABUT NYAWA


Baginda Rasulullah S.A.W bersabda :

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.."


"Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar."


"Datang lagu satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga ke dada dan kemudiannya mereka keluar."


"Dan akhir sekali datang lagi satu lagi kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."


Sambung Rasulullah S.A.W lagi...


"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S akan menebarkan sayapnya yang i sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril A.S."


"Kalau orang yang nazak itu munafik, maka Jibril A.S akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya dia apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."


Wassalam.....


"WASPADALAH!"